27 November 2012

Blog yg Bosan..

Salam semua,

Sebelum ni aku namakan blog ni sbg lavender, sbb xtau nk letak nama ape, so skrg aku dah ubah nama lavender ---> Blog yg Bosan. Sbbnya aku dpt idea nie time aku tgh bosan dan xtau nak bt apa. So, ni la hasilnya.

Aku nk share sikit la, ada bbrpa pkr yg aku bt utk menghilangkan kebosanan yg membelenggu jiwa dan ragaku (hahha..ayt mcm jiwng ja, padahal nk bgtau pasal bosan je pn)..

First: Aku bukak laptop, dan bukak blog.. (mcm korg sekrg ni la, yg tgh bc blog aku, tq k----> rajinnye korg)

2nd : Aku main game online.. ni antara game yg aku suka main, papa's pancakeria.. game ni kire  korg keje kt sebuah kedai jual pancake and then korg blh dpt rating dr customer korg smada sedp ke x pancke yg korang bt tu. Ni link aku bg klu korg nk try main game ni : http://www.y8.com/
Dalam lmn web tu, mcm2 game ada. so, slmt mencuba k!!

3rd: Bukak youtube n lyn la citer ape yg aku rasa nk tgk time tu. kdg2 tgk citer pasl jiwng2, kdg2 tu cite seram.. depends pd mood aku la.

4: klu aku rase borink lg, aku bukak tv, n lyn channel cartoon network.. Aku pling suke tgk carton 'oggy and the cockroaches tu... mmg best la. bengang je tgk bila si oggy tu kne buli dgn lipas tiga ekor tu..

 Ni la lipas2 tu....

ni pulak, si oggy yg selalu kena buli oleh lipas2 tu..

oklah, tu je la antra cra aku utk hilangkn kebosanan yg membelenggu jiwa dan ragaku..sape nk cuba,cube la, klu xnk pn xpe.. yg penting aku enjoy dgn ape yg aku bt.. hahhaha

5 January 2012

JikaEngkau Tiada Disisi...

Salam semua,

Insyaallah bagi entri kali ini saya akan kongsikan pendapat saya mengenai "Jika Engkau Tiada Disisi"

Hmmmm.... Jika Engkau Tiada Disis, Di mana kan ku cari ganti? Serupa denganmu... (antara bait lirik yang telah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Alfatihah)
 Apa yang hendak saya katakan ialah mengenai satu nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita, iaitu AIR. Anda sendiri boleh bayangkan sekiranya tiada air.. memang mengeluh panjang dan ayat-ayat yang selalu dilontarkan, 'bila la nak ade air ni??? nk mandi susah, nk qada' hajat susah, nk basuh baju pn xboleh, stessnyer', (termasuklah saya sendiri)..

 
sedapnye kalau dapat minum air waktu matahari tegak di atas kepala....


Tapi, bila ada air, manusia lupa diri, membazir air. Kadang-kadang tu mandi punya la lama sampai lupa diri. Lepas tu, malas nak tutup paip air rapat-rapat, air pun menitis la.. itu kan satu bentuk pembaziran. Kita perlu elakkan  pembaziran.

Sahabat sekalian,
Di saat ini bumi semakin tua dan uzur, ingatlah bahawa kita hanya meminjam bumi dari generasi kita yang akan datang, hargailah ia. Jangan membazir air.

Lagi satu, sumber air yang kita peroleh ialah dari sungai dan di proses oleh syarikat bekalan air yang
berwajib. Tapi, apa yang lebih penting, sekarang ini, ada segelintir manusia yang tidak pandai menghargai sumber air. Contohnya, buang sampah ke dalam sungai. Apabila banyak sampah dibuang ke dalam sungai, maka akan terjejas sumber air kita. Saluran air menjadi tersumbat, seterusnya apabila hujan turun dengan lebat, maka berlaku lah banjir. Siapa yang hendak disalahkan mengenai hal ini? Tentulah kita sendiri...
 Sape yang buat ni??? Tepuk dada tanyalah diri sendiri....

Jadi, hargailah bumi kita. Ingat kita hanya meminjamnya dari generasi akan datang!!! Jadi anda pilih mahu yang mana:-

VS


1 January 2012

cuci, jangan tak cuci...

Asslammualaikum semua,
 Insyaallah, kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua dengan satu topik yang biasanya kurang di berikan perhatian oleh sesetengah individu. " Cuci, jangan tak cuci" , itulah topik yang akan saya bincangkan pada kali ini.
Apa yang saya maksudkan dengan "cuci,jangan tak cuci" ialah mengenai kebersihan. Tidak kira sama ada kebersihan diri, jiwa, persekitaran, minda dan lain-lain lagi. Disini, saya hanya ingin membincangkan mengenai tiga aspek kebersihan yang sangat penting iaitu kebersihan jiwa, hati dan minda.
Pada pandangan saya, ketiga-tiga aspek kebersihan ini sangat penting untuk dititikberatkan oleh setiap muslim. Bermula dari kebersihan jiwa, hati dan mindalah akan melahirkan seorang muslim yang unggul dan akan dipandang mulia disisi Allah.
Bagaimana yang dikatakan kebersihan jiwa, hati dan minda boleh melahirkan seorang muslim yang unggul?
Kita lihat daripada kisah Rasulullah S.A.W yang dibelah dadanya (peristiwa Shaqq Al-Sadr) sewaktu baginda masih kanak-kanak, yang di bersihkan hatinya agar bersih dari segala titik hitam ataupun kejahatan. Disini, menunjukkan bahawa kebersihan dalaman iaitu jiwa dan hati sangat penting, walaupun kita tahu secara umumnya baginda bersifat maksum yang terhindar dari melakukan sebarang dosa, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan sifat baginda yang sememagnnya maksum dengan keadaaan diri kita yang boleh terdorong untuk melakukan dosa kepada Allah.

TETAPI, kita seharusnya mendidik jiwa dan hati kita dengan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan kita terjerumus daripada melakukan dosa dengan menyuburkan jiwa dan hati dengan makanan-makanannya iaitu sentiasa mengingati Allah dengan melakukan solat, puasa, zakat, berzikir dan sebagainya.
Apabila dalaman baik, Insyaallah, segalanya akan berjalan dengan baik. Justeru itu, jagalah kebersihan hati,jiwa dan minda agar terpancar kebersihan tersebut melalui perbuatan dan sifat kita kepada manusia dan alam sekitar.
Cuci, jangan tak cuci!!!

16 December 2011

Nak Tambah Lagi!!!

Satu xcukup, dua xckup. tiga xckup........ sepuluh pn xcukup?????
Berapa banyak ni baru blh cukup??? banyak mane pn xcukup kalau kite xpandai nk hargainye..
Ape yang xcukup ni? duit? masa? makanan?kereta? rumah?
JAWAPANNYA adalah NIKMAT dari ALLAH...

Kadang kala, kita sebagai hambNYA sering leka dengan nikmat yang dikurniakan ALLAH, sedangkan, setiap masa ALLAH mengurniakan NIKMAT kepada kita tanpa sedari dan mungkin ada yang kita sedari.
NIKMAT yang biasanya kita tidak  sedar bahawa setiap masa kita memperolehnya:
  • NIKMAT masih bernyawa sehingga sekarang
 
------> pergi holiday macam mr.bean

  • NIKMAT masih boleh bergerak/berjalan sana-sini
  • NIKMAT boleh makan macam2


mkn kfc... sedapnye..Sehingga Menjilat Jari..









ataupun kek coklat ni sebagai dessert??? betapa NIKMATnya kalau dapat makan...


  • NIKMAT boleh mencari bahan "assignment" di perpustakaan
  • NIKMAT boleh update apa sahaja status di Fcebook, Twitter dan sebagainya
  • NIKMAT boleh pakai pakaian yang cantik-cantik (CTH: Levi's, Prada dan lain2)

  • NIKMAT boleh drive kereta tanpa tempuh kesesakan lalu lintas







Kalau saya nk cerita bab  NIKMAT ALLAH pada kita sebagai hambaNYA yang hanya menumpang di bumi ALLAH nie, sampai bila pun tak habis..

Tapi, apa yang saya nk kongsikan di sini ialah, kita harus sedar bahawa betapa besar dan banyknya NIKMAT yang ALLAH telah kurniakan kepada kita. Bersyukurlah dengan segala NIKMAT kurniaanNYA... Hargailah NIKMAT tersebut dengan sebaiknya.. Firman ALLAH:

"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Q.s. an-Nahl: 18).

Daripada maksud ayat di atas ,  kita sememangnya tidak boleh menghitung jumlah total NIKMAT yang telah kita terima dari ALLAH... JOm tengok senario sekarang, kita dapat lihat kebanyakan manusia tidak mampu ataupun mungkin ada yang terlupa mensyukuri kenikmatan yang telah mereka terima. Kita semua perlu beringat bahawa setiap NIKMAT yang dikurniakan oleh ALLAH adalah ujian buat kita. Sama ada kita sedar ataupun tidak mengenai ujian kesenangan yang dikurniakan ALLAH melalui NIKMATNYA, kita harus sentiasa bersyukur dengan NIKMAT kurniaanNYA..


9 December 2011

Bila Tiba Musim Peperiksaan

----> Library dari ats ke bwh semua penuh dgn orang <----

----> BUku-buku rujukan BertImbun kat Atas meja Study <----


----> Alat tulis di Kedai-KEdai Alat Tulis KEhabisan Stok <----
----> Stok Maggie di supermarket mula Berkurangan, sbb ramai sgt <---beli maggie
----> BAju2 yang dah di pakai bertimbun dalam baldi, sbb mlas nk basuh <----
-----> xnk bazir masa utkn study la konon...tp sebelum musim exam,perkara sebalikNYA yang Berlaku,


Ape cite nie?? xnk bazir masa time exam je? time2 lain sebelum exam mcmne? Fikir2kanlah.....

Arrrrggggghhhhhhh!!!! Gerammmm sangat!!!!

Arrrrrrgggggghhhhh!!!! Geraaammmm sangat!!! semua benda buat aku rase geram hari ni. Dari bangun pagi smpai la nk lelapkan mata. pagi2 lagi, aku dah dengar orang terjerit2 menyanyi, mcm la suara tu sedap sangat, ni tak macam katak kodok je bunyinye.... huhhhhh.... (mengeluh panjang)...Tanpa lengahkan masa, aku pn ape lg, terus la g warning si BB, aku ckp dgn dia ' Ko kalau setakat nk melalak pagi2 ni baik xpayah, memekak je keje nye, ko xfikir ke orang nk tido ke ape ke?? suke2 hati ko je kan nk melalak pagi2 buta nie.' 
        Lepas tu, tengahri pulak, aku jalan dah elok kat kaki lima, tibe2 ada la kete mane tah tibe2 lalu dengan laju, pas tu langgar lopak yg betul2 kat sebelah bahu jalan yg aku tgh lalu,yg canteekkknye habis baju aku ade corak tompok2 ala2 warna "teh susu"....Selepas insiden tue, kereta yang dah langgar lopak td tue, reverse, kemudian ade la seorang wanita muda keluar dari kereta tu, dan dia ckp pada aku " Akk, maafla, saya betul2 x sengaja terlanggar  lopak td, xsangke pulak air lopak tu terkena akak", aku pn ckp la,"Eleh, kua dari kete nk tunjuk baik konon, mintak maaf bagai, ko tau x baju aku ni mahal harganye, kat Itali je ade tau" Panggggg.. satu tamparan melekap di pipi wanita muda itu.. hurmmmm. baru puas hati aku.... (update si AA dalam FBnye)

Ujian, dugaan, cabaran memang akan sentiasa mendatangi  seseorang yang bergelar manusia. Tidak kira sama ada cabaran itu besar ataupun kecil, ia akan ditetap diuji. Pokok pangkalnya, sejauh mana seseorang itu boleh menepis dan menghadapi segala ujian tersebut dengan jayanya????Adakah dengan hanya meng'update' status di facebook dengan kata yang penuh cacian kepada seseorang untuk melepaskan kemarahan???atau  Pergi ke suatu tempat yang lapang dan jerit sepuas hati???  atau Tidur sampai keesokkan harinya??? adakah ini cara yang terbaik kita sebagai seorang hamba untuk menghadapi ujian yang telah Allah berikan kepada kita???

Sahabat sekalian,
 Di sini ingin saya mengatakan bahawa, cara yang terbaik untuk kita berhadapan dengan ujian yang telah Allah berikan ialah dengan berSABAR.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: “Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sifat  SABAR itu memberikan keuntungan kepada seseorang hamba terutamanya ketika dilanda ujian. Seperti Kisah AA yang saya telah ceritakan diawal td, adakah kita lihat ada terpancar sifat SABARnya ketika menghadapi ujian??? Bukan sifat SABAR ditunjukkan, Malah perasaan MARAH pula menguasai dirinya..Sikap si AA yang tidak memikirkan sesuatu yang rasional apabila sedang marah, sehingga menyebabkan beliau dikuasai sifat marahnya dan mengambil tindakan tanpa dapat berfikir dengan waras. Kita dapat menilai sendiri tindakan si AA ke si BB dan wanita muda tersebut yang sememangnya jika difikirkan, tidak patut beliau berkelakuan sedemikian.

Oleh itu, sahabat sekalian suka untuk saya mengingatkan diri ini dan anda semua, agar berSABARlah dengan setiap ujian yang Allah berikan kepada kita walaupun ujian tersebut kecil sahaja. Belajarlah untuk berSABAR dalam setiap perkara yang kita kerjakan. Semoga segala usaha yang kita lakukan untuk memperbaiki diri akan diredhai oleh Allah.

~ Seseungguhnya SABAR itu adalah separuh daripada Iman~