Arrrrrrgggggghhhhh!!!! Geraaammmm sangat!!! semua benda buat aku rase geram hari ni. Dari bangun pagi smpai la nk lelapkan mata. pagi2 lagi, aku dah dengar orang terjerit2 menyanyi, mcm la suara tu sedap sangat, ni tak macam katak kodok je bunyinye.... huhhhhh.... (mengeluh panjang)...Tanpa lengahkan masa, aku pn ape lg, terus la g warning si BB, aku ckp dgn dia ' Ko kalau setakat nk melalak pagi2 ni baik xpayah, memekak je keje nye, ko xfikir ke orang nk tido ke ape ke?? suke2 hati ko je kan nk melalak pagi2 buta nie.'
Lepas tu, tengahri pulak, aku jalan dah elok kat kaki lima, tibe2 ada la kete mane tah tibe2 lalu dengan laju, pas tu langgar lopak yg betul2 kat sebelah bahu jalan yg aku tgh lalu,yg canteekkknye habis baju aku ade corak tompok2 ala2 warna "teh susu"....Selepas insiden tue, kereta yang dah langgar lopak td tue, reverse, kemudian ade la seorang wanita muda keluar dari kereta tu, dan dia ckp pada aku " Akk, maafla, saya betul2 x sengaja terlanggar lopak td, xsangke pulak air lopak tu terkena akak", aku pn ckp la,"Eleh, kua dari kete nk tunjuk baik konon, mintak maaf bagai, ko tau x baju aku ni mahal harganye, kat Itali je ade tau" Panggggg.. satu tamparan melekap di pipi wanita muda itu.. hurmmmm. baru puas hati aku.... (update si AA dalam FBnye)
Ujian, dugaan, cabaran memang akan sentiasa mendatangi seseorang yang bergelar manusia. Tidak kira sama ada cabaran itu besar ataupun kecil, ia akan ditetap diuji. Pokok pangkalnya, sejauh mana seseorang itu boleh menepis dan menghadapi segala ujian tersebut dengan jayanya????Adakah dengan hanya meng'update' status di facebook dengan kata yang penuh cacian kepada seseorang untuk melepaskan kemarahan???atau Pergi ke suatu tempat yang lapang dan jerit sepuas hati??? atau Tidur sampai keesokkan harinya??? adakah ini cara yang terbaik kita sebagai seorang hamba untuk menghadapi ujian yang telah Allah berikan kepada kita???
Sahabat sekalian,
Di sini ingin saya mengatakan bahawa, cara yang terbaik untuk kita berhadapan dengan ujian yang telah Allah berikan ialah dengan ber
SABAR.
Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud:
“Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa sifat SABAR itu memberikan keuntungan kepada seseorang hamba terutamanya ketika dilanda ujian. Seperti Kisah AA yang saya telah ceritakan diawal td, adakah kita lihat ada terpancar sifat SABARnya ketika menghadapi ujian??? Bukan sifat SABAR ditunjukkan, Malah perasaan MARAH pula menguasai dirinya..Sikap si AA yang tidak memikirkan sesuatu yang rasional apabila sedang marah, sehingga menyebabkan beliau dikuasai sifat marahnya dan mengambil tindakan tanpa dapat berfikir dengan waras. Kita dapat menilai sendiri tindakan si AA ke si BB dan wanita muda tersebut yang sememangnya jika difikirkan, tidak patut beliau berkelakuan sedemikian.
Oleh itu, sahabat sekalian suka untuk saya mengingatkan diri ini dan anda semua, agar ber
SABARlah dengan setiap ujian yang Allah berikan kepada kita walaupun ujian tersebut kecil sahaja. Belajarlah untuk ber
SABAR dalam setiap perkara yang kita kerjakan. Semoga segala usaha yang kita lakukan untuk memperbaiki diri akan diredhai oleh Allah.
~ Seseungguhnya
SABAR itu adalah separuh daripada Iman~