27 November 2012

Blog yg Bosan..

Salam semua,

Sebelum ni aku namakan blog ni sbg lavender, sbb xtau nk letak nama ape, so skrg aku dah ubah nama lavender ---> Blog yg Bosan. Sbbnya aku dpt idea nie time aku tgh bosan dan xtau nak bt apa. So, ni la hasilnya.

Aku nk share sikit la, ada bbrpa pkr yg aku bt utk menghilangkan kebosanan yg membelenggu jiwa dan ragaku (hahha..ayt mcm jiwng ja, padahal nk bgtau pasal bosan je pn)..

First: Aku bukak laptop, dan bukak blog.. (mcm korg sekrg ni la, yg tgh bc blog aku, tq k----> rajinnye korg)

2nd : Aku main game online.. ni antara game yg aku suka main, papa's pancakeria.. game ni kire  korg keje kt sebuah kedai jual pancake and then korg blh dpt rating dr customer korg smada sedp ke x pancke yg korang bt tu. Ni link aku bg klu korg nk try main game ni : http://www.y8.com/
Dalam lmn web tu, mcm2 game ada. so, slmt mencuba k!!

3rd: Bukak youtube n lyn la citer ape yg aku rasa nk tgk time tu. kdg2 tgk citer pasl jiwng2, kdg2 tu cite seram.. depends pd mood aku la.

4: klu aku rase borink lg, aku bukak tv, n lyn channel cartoon network.. Aku pling suke tgk carton 'oggy and the cockroaches tu... mmg best la. bengang je tgk bila si oggy tu kne buli dgn lipas tiga ekor tu..

 Ni la lipas2 tu....

ni pulak, si oggy yg selalu kena buli oleh lipas2 tu..

oklah, tu je la antra cra aku utk hilangkn kebosanan yg membelenggu jiwa dan ragaku..sape nk cuba,cube la, klu xnk pn xpe.. yg penting aku enjoy dgn ape yg aku bt.. hahhaha

5 January 2012

JikaEngkau Tiada Disisi...

Salam semua,

Insyaallah bagi entri kali ini saya akan kongsikan pendapat saya mengenai "Jika Engkau Tiada Disisi"

Hmmmm.... Jika Engkau Tiada Disis, Di mana kan ku cari ganti? Serupa denganmu... (antara bait lirik yang telah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Alfatihah)
 Apa yang hendak saya katakan ialah mengenai satu nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita, iaitu AIR. Anda sendiri boleh bayangkan sekiranya tiada air.. memang mengeluh panjang dan ayat-ayat yang selalu dilontarkan, 'bila la nak ade air ni??? nk mandi susah, nk qada' hajat susah, nk basuh baju pn xboleh, stessnyer', (termasuklah saya sendiri)..

 
sedapnye kalau dapat minum air waktu matahari tegak di atas kepala....


Tapi, bila ada air, manusia lupa diri, membazir air. Kadang-kadang tu mandi punya la lama sampai lupa diri. Lepas tu, malas nak tutup paip air rapat-rapat, air pun menitis la.. itu kan satu bentuk pembaziran. Kita perlu elakkan  pembaziran.

Sahabat sekalian,
Di saat ini bumi semakin tua dan uzur, ingatlah bahawa kita hanya meminjam bumi dari generasi kita yang akan datang, hargailah ia. Jangan membazir air.

Lagi satu, sumber air yang kita peroleh ialah dari sungai dan di proses oleh syarikat bekalan air yang
berwajib. Tapi, apa yang lebih penting, sekarang ini, ada segelintir manusia yang tidak pandai menghargai sumber air. Contohnya, buang sampah ke dalam sungai. Apabila banyak sampah dibuang ke dalam sungai, maka akan terjejas sumber air kita. Saluran air menjadi tersumbat, seterusnya apabila hujan turun dengan lebat, maka berlaku lah banjir. Siapa yang hendak disalahkan mengenai hal ini? Tentulah kita sendiri...
 Sape yang buat ni??? Tepuk dada tanyalah diri sendiri....

Jadi, hargailah bumi kita. Ingat kita hanya meminjamnya dari generasi akan datang!!! Jadi anda pilih mahu yang mana:-

VS


1 January 2012

cuci, jangan tak cuci...

Asslammualaikum semua,
 Insyaallah, kali ini saya akan kongsikan dengan anda semua dengan satu topik yang biasanya kurang di berikan perhatian oleh sesetengah individu. " Cuci, jangan tak cuci" , itulah topik yang akan saya bincangkan pada kali ini.
Apa yang saya maksudkan dengan "cuci,jangan tak cuci" ialah mengenai kebersihan. Tidak kira sama ada kebersihan diri, jiwa, persekitaran, minda dan lain-lain lagi. Disini, saya hanya ingin membincangkan mengenai tiga aspek kebersihan yang sangat penting iaitu kebersihan jiwa, hati dan minda.
Pada pandangan saya, ketiga-tiga aspek kebersihan ini sangat penting untuk dititikberatkan oleh setiap muslim. Bermula dari kebersihan jiwa, hati dan mindalah akan melahirkan seorang muslim yang unggul dan akan dipandang mulia disisi Allah.
Bagaimana yang dikatakan kebersihan jiwa, hati dan minda boleh melahirkan seorang muslim yang unggul?
Kita lihat daripada kisah Rasulullah S.A.W yang dibelah dadanya (peristiwa Shaqq Al-Sadr) sewaktu baginda masih kanak-kanak, yang di bersihkan hatinya agar bersih dari segala titik hitam ataupun kejahatan. Disini, menunjukkan bahawa kebersihan dalaman iaitu jiwa dan hati sangat penting, walaupun kita tahu secara umumnya baginda bersifat maksum yang terhindar dari melakukan sebarang dosa, tetapi kita tidak boleh mempersoalkan sifat baginda yang sememagnnya maksum dengan keadaaan diri kita yang boleh terdorong untuk melakukan dosa kepada Allah.

TETAPI, kita seharusnya mendidik jiwa dan hati kita dengan berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan kita terjerumus daripada melakukan dosa dengan menyuburkan jiwa dan hati dengan makanan-makanannya iaitu sentiasa mengingati Allah dengan melakukan solat, puasa, zakat, berzikir dan sebagainya.
Apabila dalaman baik, Insyaallah, segalanya akan berjalan dengan baik. Justeru itu, jagalah kebersihan hati,jiwa dan minda agar terpancar kebersihan tersebut melalui perbuatan dan sifat kita kepada manusia dan alam sekitar.
Cuci, jangan tak cuci!!!